Dakwah FotoPage

By: samad samid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 16-Mar-2010 05:30 Email | Share | Bookmark
Umat Islam tolak kehadiran Obama di Indonesia

 


Rakyat Indonesia bantah Obama
JAKARTA 14 Mac - Ribuan rakyat Indonesia berhimpun secara aman di bandar raya utama republik tersebut hari ini bagi membantah lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke negara tersebut beberapa hari lagi.

Kira-kira 2,000 orang dari kumpulan Hizbut Tahrir yang bermatlamat menubuhkan sebuah kerajaan Islam melaungkan slogan 'Islam bersatu... tidak akan tewas. Singkirkan Obama'.

Mereka turut mengoyakkan bendera AS ketika berarak di ibu kota Sulawesi Selatan, Makassar.

Di Solo, Jawa Tengah, sejumlah 500 orang lagi berarak sambil membawa poster tertera 'Halau Obama... pemimpin penakluk' dan 'Amerika... pengganas sebenar.'

''Terdapat dua jenis pelawat, baik dan jahat. Obama jahat. Mungkin warna kulitnya berbeza dengan (bekas Presiden AS) George Bush, namun dia masih menindas orang Islam,'' kata jurucakap kumpulan itu, Nur Alam.

''Dia mungkin membesar di Indonesia namun ia bukan asas untuk tidak menolaknya. Dia seorang yang kejam, tangannya dipenuhi darah dan dia tidak mempunyai belas kasihan,'' katanya.

Obama secara amnya amat popular di Indonesia memandangkan beliau menetap beberapa tahun di Jakarta ketika masih kanak-kanak pada 1960-an.

Obama dijadual berlepas dari AS pada 21 Mac untuk melawat Indonesia serta Guam dan Australia.

''Presiden akan menggunakan lawatan ke Indonesia untuk menyampai ucapan sama seperti yang dilakukannya di Kaherah tahun lalu, iaitu menggesa negara-negara Islam mengeratkan hubungan dengan AS,'' kata jurucakap White House, Robert Gibbs. - AFP

daripada:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0315&pub=utusan_malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm&arc=hive


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net