Want your
own Fotopage?






 
Dakwah FotoPage

By: samad samid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 25-Jun-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Sistem pemerintahan Islam-khilafah

jabatan
majlis umat
forgein
industry
war dept
muawin
security
wulah
qudah
kalimah
tsunami
tenanglah
Bentuk pemerintahan Islam
Sistem pemerintahan Islam tidak sama dengan semua jenis sistem pemerintahan di dunia ini.

Pemerintahan Islam Bukan Monarki (Monarchi)
Sistem monarki menerapkan sistem secara warisan,iaitu dari orang tuanya setelah ianya meninggal dunia sebagaimana ia mewariskan harta waris. Namun sistem pemerintahan islam akan dipegang oleh orang yang dibai’at oleh umat dengan penuh redha dan kebebasan memilih. Sistem Monarki telah memberikan hak tertentu serta hak istimewa khusus untuk raja saja. Sistem tersebut menjadikan raja diatas undang-undang dan secara peribadi memiliki kekebalan hukum. Raja, kadangkala hanya simbol bagi umat dan tidak memiliki kuasa apa-apa seperti raja di Eropah dan raja disini (Malaysia) Ataupun raja mempunyai kuasa yang penuh, bahkan menjadikan sumber hukum sehingga ianya bebas mengendalikan negerinya dan rakyatnya dengan sesuka hati, sepertimana raja di Saudi, Maroko dan Yordania.
Lain halnya dengan sistem pemerintahan Islam, dimana ianya tidak memberi hak istimewa yang khusus kepada khalifah, hak khalifah dan hak rakyat adalah sama. Khalifah bukan simbol umat. Namun Khalifah adalah wakil umat dalam masalah pemerintahan dan kekuasaan sehingga khalifah juga terikat dengan hukum syarak dalam semua tindakannya.

Pemerintahan Islam Bukan Republik
Sistem Republik terdiri daripada sistem Demokrasi iaitu kedaulatan ditangan rakyat sedangkan sistem pemerintahan Islam mempunyai konsep kedaulatan ditangan syarak. Ini berbeza diantara dua sistem. Sistem republik dengan bentuk president, yang memiliki wewenang sebagai kepala negara Sekaligus merangkap sebagai perdana menteri. Sedangkan sistem Pemerintahan Islam tiada menteri, tiada president dan tiada perdana menteri serta tiada parlimen. Yang ada pun sebagai pembantu khalifah disebut Mu’awin untuk melaksanakan apa-apa yang diputuskan olehnya.

Pemerintahan Islam Bukan Kekaisaran (Empayar)
Sistem kekaisaran adalah sistem tidak menganggap sama dengan bangsa/kesukuan (ras) yang satu dengan yang lain dalam hal pembentukan hukum didalam wilayah kaisar. Sistem ini memberikan keistimewaan dalam bidang pemerintahan, kewangan dan ekonomi diwilayah pusat sahaja. Sedangkan islam menuntut kesamarataan dan menolak ikatan kesukuan/kebangsaan diamalkannya. Sistem Pemerintahan Islam memberikan hak-hak rakyat dan kewajibannya kepada rakyat dari orang muslim atau non muslim.

Pemerintahan Islam Bukan Persekutuan/Federasi
Sistem persekutuan yang membahagikan wilayah-wilayahnya dalam otonominya sendiri dan bersatu dalam pemerintahan secara umum. Tetapi sistem pemerintahan Islam adalah sistem kesatuan. Kewangan dan perbelanjaan dalam sistem Islam dianggap satu untuk kepentingan seluruh rakyatnya. Contohnya, ada wilayah yang pendapatan besar,maka wilayah tersebut akan dibelanjakan sesuai dengan tingkat keperluannya dan selebihnya dari pendapatan dari wilayah itu akan diberi kepada wilayah lebih memerlukannya (yang pendapatan kecil)

Sistem Pemerintahan Islam

1.Kedaulatan ditangan syarak (As siyadah li as syar’i)
i. Menjadikan pengendalian dan penguasa adalah hukum syarak.
ii.Mempunyai kedudukan yang sama dihadapan hukum syarak tanpa
membezakan penguasa{khalifah}mahupun rakyat {umat}.
iii.Ketaatan kepada khalifah terikat dengan ketentuan hukum syarak,bukannya ketaatan secara mutlak. Tidak pada perkara kemaksiatan.
iv.Wajib mengembalikan masalah kepada hukum syarak apabila berlaku perselisihan antara umat dengan khalifah.
v.Wajib ada kawalan ke atas negara dilakukan oleh parti/jamaah islam@umat.
vi.Adanya mahkamah yang bertugas utk menghilangkan penyimpangan terhadap hukum syarak iaitu mahkamah mazalim.
vii.Mengangkat senjata untuk mengambil alih kekuasaan apabila khalifah menyimpang dari hukum syarak.pengangkat senjata tidak dihukumi sebagai tindakan pembangkang.

Dalil Kedaulatan ditangan Syarak:
“Hai orang yang beriman, taatlah Allah dan taatlah Rasul-Nya, dan ulil amri (penguasa) diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah(Al Quran) dan rasul(sunnahnya), jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian”
(Surah An Nisa;ayat 59)

2.Kekuasaan Ditangan umat (as sulthan li al ummat)
i.Tiada kekuasaan yang diperolehi oleh seorang muslim kecuali diberikan oleh umat. Dengan cara bai’at.oleh itu hukum fardhu kifayah untuk mengangkat khalifah. Hukum fardhu ain untuk mentaati khalifah.
ii. Umat mempunyai hak untuk mengangkat khalifah dengan redha (rela) seperti Muawiyah yang mulanya diambil dengan paksa dari khalifah Ali bin Abu talib.
iii. Pemerintahan Islam tidak berbentuk kerajaan yang diperolehi dengan warisan.kuasa ditangan umat kepada khalifah secara bai’at perlu diserahkan kepada umatnya juga.
iv.Meskipun umat berhak mengangkat penguasa namun kedudukannya bukan sebagai mustajir (majikan) dan khalifah bukan sebagai ajir (buruh).tidak seperti sistem demokrasi, rakyat(majikan) memilih/mengangkat pemimpin(buruh),rakyat pengubal undang-undang dan pemimpin melaksanakan undang-undang tersebut. Sistem pentadbiran Islam tidak seperti itu. Tak sama langsung. Khalifah bertindak tegas terhadap rakyat/umat jika berlaku penyelewengan dari hukum syarak.
v. Umat berhak syura(berbincang/bersuara) dengan khalifah,meskipun tidak mempunyai hak untuk melucutkan jawatan khalifah.
vi. Khalifah adalah pelayan umat dengan memenuhi maslahat mereka dan mencegah mudarat yang menimpa mereka.


Diantara Salah Satu Dalil Kekuasaan Ditangan Umat:
Dari Nafi’ berkata:Abdullah bin Umar berkata kepadaku
“Sesiapa saja yang melepaskan tangan dari ketaatan kepada Alllah, ia akan bertemu dengan Allah di hari kiamat tanpa hujjah, dan siapa saja mati sedangkan diatas pundaknya (bahunya) tiada bai’at,maka ia mati seperti mati jahiliyah”[HR Muslim]

3. Pengangkat satu khalifah untuk seluruh muslimin hukumnyawajib(wujub nashbi al khalifah al wahid li al muslimin)
i. Khalifah Islam wajib hanya ada satu. Tidak boleh ada lebih dari satu khalifah dalam satu zaman seperti pada zaman Abbasiyah adalah kesalahan yang tidak dijadikan sebagai dasar hukum syarak.
ii. Bentuk negara kekhalifahan Islam adalah berbentuk kesatuan. Hanya dibenarkan ada satu ketua negara{khalifah},satu undang-undang dan hanya satu negara (tanpa sempadan antara negara islam dengan negara islam seperti sekarang)
iii. Sistem pemerintahan khalifah islam mengikut sistem pusat. Pemerintahan merupakan kuasa khalifah dan kekuasaan dalam satu negara adalah tunggal. Dalam dunia ini hanya ada satu negara Islam sahaja.
iv. Khalifah adalah negara. Ahli politik barat mendefisikan negara adalah kumpulan daripada wilayah, rakyat dan pemerintahan. Islam menggambarkan negara sebagai kekuasaan kerana wilayah islam sentiasa berkembang.

Dalil mengenai tajuk di atas:
Dari Adi Said Al Khudri dari Nabi saw bersabda,
“Apabila dibai’at dua khalifah,maka bunuhlah yang terakhirnya dari keduanya” [HR. Muslim]

4. Khalifah mempunyai hak untuk mengambil dan menetapkan hukum syarak untuk menjadi undang-undang (li al Khalifah wahdah haq at tabanni)
i. Mengambil dan menetapkan hkum mestilah terikat dengan hukum syarak. Hanya menggunakan Al Quran,Al hadis,Ijmak sahabat dan Qisas sebagai landasannya.
ii. Untuk menghilangkan perselisihan ditengah masyarakat.
iii.Kepimpinan secara tunggal,tiada perlembagaan lain setanding kuasa khalifah
iv Tiada hak membuat apa-apa undang-undang kecuali khalifah.termasuk majlis umat tidak hak membuat undang-undang dan tiada lembaga legislatif didalam khalifah. Tiada konsep pengasingan kuasa seperti legislatif,eksekutif dan judikatif. Hanya khalifah sahaja memiliki hak .

Dalil ini diambil dalil ijimak sahabat.
Berdasarkan Ijimak Sahabat ini diambil kaidah ushul fiqih sangat popular:
“Perintah Imam {khalifah} menghilang perselisihan”
“Perintah Imam{khalifah} harus dilaksanakan”

Keterangan secara ringkas mengenai struktur pemerintahan Islam

Khalifah
Seorang khalifah memenuhi 7 syarat,apabila salah satu kekurangan daripada 7 syarat maka jabatan khilafah tidak dapat memberikannya,
1. Muslim
2. Lelaki
3. Baligh.
4. Berakal, bukan orang yang gila.
5. Adil. Orang yang konsisten dalam menjalankan agamanya (Bertakwa dan menjaga Muru’ah)
6. Merdeka, seorang hamba sahaya tidak layak.
7. Mampu melaksanakan amanat khalifah.

Wewenang Khalifah
1. Menjadikan hukum syarak yang dia adopsi/diterapkan wajib dilaksanakan.
2. Bertanggungjawab politik dalam dan luar negara sekaligus. Memiliki hak untuk mengumumkan perang, damai, gencatan senjata dan perjanjian.
3. Berhak menerima dan menolak duta-duta asing serta mengangkat dan memberhentikan duta kaum muslimin.
4. Berhak mengangkat para mu’awin, wali dan sebagainya. Berhak mengangkat dan memberhentikannya.
5. Berhak mengadopsi hukum syarak, disusunlah pendapatan dan perbelanjaan negara,menentukan rincian anggaran tersebut, pengagihan dan sebagainya.

Mu’awin Tafwidh
Seorang pembantu yang diangkat oleh khalifah,agar dia bersama-sama memikul tanggungjawab pemerintahan dan kekuasaan. Dia mesti melaporkan kegiatannya (misalnya masalah yang berlaku) serta melaksanakan apa yang diputuskan oleh khalifah selama dia tiada teguran atau pembatalan dari khalifah. Berikutan ini sabda Rasul SAW:”Dua pembantuku dari penduduk langit adalah Jibril dan Mikail, sedangkan dari penduduk bumi ini adalah Abu Bakar dan Umar”[HR At Tarmidzi]. Syarat Mu’awin sama syarat dengan diatas {syarat Khalifah}.

Mu’awin Tanfidz
Untuk membantu dalam masalah operasional dan melaksanakan tugasnya.Menjadi penghubung antara khalifah dengan rakyat,diantara negara lain, menyampaikan informasi merupakan pengantaraan khalifah dengan aparat lain.

Amirul Jihad
Untuk menjadi pimpinan hal-hal yang berhubungan dengan luar negara, militer, keamanan dalam negara dan perindustrian, ditugaskan untuk memimpin dan mengaturnya.
Wali
Untuk menjadi pejabat pemerintahan (jakim) disuatu dearah serta pimpinan di dalam dearah tersebut.

Al Qadhi
Adalah lembaga yang bertugas untuk menyampaikan keputusan hukum yang sifatnya mengikat. Yang menjadi menyelesaikan perselisihan diantara sesama masyarakat ataupun perselisihan diantara masyarakat dengan aparat pemerintahan, baik khalifah, pejabat pemerintahan atau pegawai negeri yang negeri yang lain.

Jihazul Idari
Penanganan urusan negara serta kepentingan rakyat itu diatur oleh suatu depertment,jawatan dan unit yang didirikan untuk menjalankan urusan negara serta memenuhi kepentingan rakyat tersebut.

Majlis Umat
Syura/Musyarawarah adalah pengambilan pendapat yang bersifat tidak mengikat (tidak semestinya diambil oleh khalifah), maupun idea yang menyangkut pengungkapan suatu kebenaran,aspek teknikal dan dari segi keilmuan. Syura adalah hak bagi kaum muslimin dan bukan bagi non muslim tetapi penyampaian pendapat dibolehkan bagi semua warga negara dari muslim dan non muslim.

Metod Menjaga Syariat Islam

1. Kawalan Majlis Ummat ke atas Khalifah
Didalam majlis umat ada dua bahagian iaitu syura (memberi pandangan) dan Muhasabah (kawalan). Bahagian syura telah diterangkan seperti di atas manakala bahagian Muhasabah ini berlangsung dengan dalil ini, Sabda Rasul saw:”Penghulu syuhada adalah Hamzah bin Abd. Muthalib serta orang yang mendatangi penguasa yang zalim lalu memerintahkannya (kepada kebaikan) dan mencegah (daripada Kejelekan), kemudian ia membunuhnya” [HR Al Hakim]. Kewajiban ini (membetulkan pemimpin) adalah kewajiban semua anggota masyarakat yang menyaksikan kezalimannya.

2. Wujudnya Mahkamah Mazalim
Mahkamah mazalim bertugas untuk menyampaikan hukum dengan cara mengikat yang berkenaan dengan perselisihan rakyat dengan khalifah atau jentera pemerintahannya. Tanpa ada rayuan yang mengugurkannya. Adapun weweng pelucutan tersebut diberikan kepada mahkamah ini, kerana ianya berfungsi untuk menghilangkan kezaliman.

3. Wujudnya Parti Politik yang menegakkan Islam.
Dalilnya ialah “Hendaklah ada diantara kamu, ‘umat’ yang menyeru kepada Islam dan memerintahkan pada kemakrufan dan mencegah daripada kemungkaran. Dan mereka itulah, orang-orang yang beruntung” [Surah Ali Imran :ayat 104 ].
Tentu umat yang dimaksudkan dalam ayat 104 ini,surah Ali Imran ditafsirkan oleh ahli tafsir dengan jamaah mutakattilah atau kelompok berorganisasi yang mempunyai dua ciri iaitu mempunyai pemimpin yang ditaati dan mempunyai ikatan yang mengikat para anggotanya. Dan ikatan tersebut adalah ikatan idea (Pemikiran), bukanlah ikatan emosional ataupun yang lain. Sebab kelompok ini memikul tugas yang berat iaitu menyeru kepada Islam, serta amar makruf dan nahi mungkar secara mutlak. Yang meliputi, menyeru kepada orang kafir untuk memeluk islam dan mengajak orang islam agar menerapkan hukum-hukum Islam (syarak) serta mengawal khalifah dan jentera pemerintahnya agar tidak berlaku penyelewengan dan kemaksiatan kepada Allah


Bai’at
Bai’at adalah sesuatu kewajiban bagi seluruh kaum muslimin, sekaligus merupakan hak setiap muslim, baik lelaki mahupun perempuan. Kewajiban bai’at tersebut berdasarkan kepada banyak hadis-hadis Nabi, diantaranya:
“Barangsiapa yang mati dan bahunya tidak ada bai’at(kepada Khalifah),maka matinya dalam keadaan seperti mati jahiliyah”
Maka dari situlah, kaum musliminlah yang melakukan pembai’atan dan hanya dengan bai’at merekalah, akad khilafah terwujud bagi seorang khalifah. Bai’at dapat dilakukan dengan berjabat tangan atau secara bertulis melalui surat. Abdullah bin Dinar telah mengkhabarkan:
“Aku menyaksikan Ibnu Umar di mana orang-orang telah bersepakat untuk membai’at Abdul Malik bin Marwan, ia berkata: Dia menulis,’Aku berikrar untuk mendengarkan dan menaati Abdullah bin Abd. Malik sebagai Amirul Mukminin atas dasar aturan Alllah dan aturan RasulNya dalam hal yang aku mampu”
Dibolehkan pula bai’at dilakukan dengan menggunakan pelbagai alat memungkinkan seperti telefon, faks, e-mel, telegram dan sebagainya. Tetapi disyaratkan bai’at itu dilaksanakan oleh orang yang sudah baligh.
Adapun lafaz bai’at tidak disyaratkan terikat dengan lafaz tertentu tetapi mesti mengandungi makna “mengamalkan kitab Allah dan Sunnah RasulNya” bagi khalifah dan harus mengandungi makna”sanggup mentaati dalam keadaan sulit ataupun lapang, senang atau tidak senang “bagi kaum muslimin yang membai’atnya.
Manakala pihak yang membai’at telah memberikan bai’at kepada khalifah, atau khilafah telah diwujudkan secara sah dengan pembai’atan oleh sebahagian kaum muslimin ditempat lain, maka bai’at itu telah menjadi amanah pada bahu pihak yang membaiat dan tidak dibolehkan melucutkannya sebab bai’at ditinjau dari segi terwujudnya khilafah adalah hak yang harus dipenuhi. Apabila bai’at itu telah diberikan, maka ia wajib terikat dengannya. Sekiranya yang memberikan bai’at hendak menariknya kembali, maka hal ini tidak dibolehkan. Diriwayatkan dalam sahih Bukhari dari Jabir bin Abdullah RA bahawa seorang Arab Badui pernah membaiat Rasulullah SAW untuk menetapi Islam. Suatu ketika ia menderita sakit, kemudian berkata kembalikanlah bai’at kepadaku”. Beliau tetap menolak dan kemudian orang itu pergi. Lantas beliau SAW bersabda:
“Madinah itu seperti tuangku (tukang Besi), menghilangkan debu-debu yang kotor dan membina cemerlang yang baik”
Diriwayatkan dari Nafi’ yang berkata bahawa Umar berkata kepadaku: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang melepaskan tangan dari ketaatan kepada Allah, ia akan bertemu dengan Allah di hari kiamat tanpa mempunyai hujah”
Membatalkan bai’at kepada Khalifah bererti dengan melepaskan tangan dari ketaatan kepada Allah SWT. Ketentuan ini hanya berlaku jika bai’at kepada khalifah tersebut adalah bai’at in’iqad atau merupakan bai’at kepada khalifah yang telah disetujui oleh kaum muslimin dan dibai’at tadi baru pada tahap awal, kemudian ternyata bai’at tersebut tidak sempurna maka orang yang berbai’at boleh melepaskan bai’atnya, dengan catatan bahawa kaum muslimin secara keseluruhan belum dapat menerima pembai’atan tersebut. Jadi larangan dalam hadis itu berlaku untuk orang yang menarik kembali bai’at khalifah, bukan menarik kembali bai’at dari seseorang yang belum sempurna jawatan khalifahnya.

Batas Waktu Pengangkatan Khalifah
Adalah selama 3 hari, 3malam itulah tempoh masa yang paling lewat untuk mengangkat seorang Khalifah setelah Khalifah dahulunya diberhentikan atau meninggal dunia samada dalam keadaan sebelum ataupun selepas kematiaannya.
Adapun dalil tentang tempoh masa tersebut adalah seperti berikut:
Bersegera membai’at khalifah ketika khalifah kosong adalah para sahabat bersegera untuk itu Saqifah Bani Sa’idah setelah Rasul SAW pada hari yang sama sebelum Rasul SAW d**ebumikan dan pada hari itu juga bai’at pengangkatan Abu Bakar sebagai Khalifah dilakukan.
Sedangkan batas masa 3 hari,3 malam kerana Khalifah Umar ketika beliau merasa menemui ajalnya hampir tiba akibat ditikam pisau,beliau menunjukkan ahlus syura dan memberi tempoh masa seperti diatas,kemudian berwasiat kepada mereka apabila dalam jangka masa tersebut melewati tanpa sepakatan mengangkat seorang khalifah,maka hendaknya orang yang tidak bersepakatan itu dibunuh setelah hari ketiga. Hal ini d**etahui oleh orang bersepakatan (ahlus syura) dan para sahabat terkemuka (Contoh;Ali bin Abu Talib,Uthman) namun mereka tidak menyangkal hal tersebut. Ini termasuk dalil Ijimak Sahabat.
Bayangkan sejak 1924 sehingga 2004 tiada khalifah. Ini melebihi 3 hari, 3 malam.

#*Dalil Ijimak Sahabat adalah semua sahabat Nabi SAW bersepakatan dalam hal-hal tertentu,
tiada seorangpun yang membangkangnya.

Pemberhentian Khalifah
Perubahan keadaan yang secara langsung mengeluarkan khalifah dari jabatan khilafah ialah tiga perkara:
1. Apabila khalifah murtad dari Islam dan tetap bertahan atas kemurtadannya.
2. Apabila khalifah gila secara mutlak/parah yang tidak dapat disembuhkan.
3. Apabila Khalifah menjadi tawanan musuh yang kuat dan ia tidak dapat melepaskan diri serta tidak ada harapan untuk dapat dibebaskan.
Perubahan keadaan yang tidak secara langsung mengeluarkan dari jabatan khilafah tetapi ia tidak boleh mempertahankan jawatannya ialah lima perkara:
1. Telah melakukan kefasikan secara terang-terangan.
2. Berubah bentuk kelaminnya menjadi perempuan atau pondan.
3. Telah menjadi gila tetapi tidak parah, kadang-kadang gila , kadang-kadang baik. Dalam keadaan demikian tidak boleh dilantik wakil untuk menggantikan sebab akad khilafah dibuat untuk peribadi khalifah sendiri.
4. Tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan disebabkan sakit yang parah ataupun cacat anggota badan yang dapat menghalang menjalankan tugas khalifah dengan baik. Ini akan mengakibatkan semua urusan agama dan kemaslahatan umat islam menjadi terbengkalai.
5. Adanya tekanan yang menyebabkan khalifah tidak mampu lagi menangani urusan kaum muslimin menurut pendapatnya yang sesuai dengan syarak. Jika ada orang yang menekan khalifah sampai ia tidak mampu lagi mengurusi kemaslahatan kaum muslimin dengan fikirannya sendiri sesuai dengan hukum syarak.

Tempoh masa khalifah pemerintah
Tiada had masa tertentu selagimana dia mampu memikul tanggungjawab khalifah. Tidak sama seperti Sistem Demokrasi yang menghadkan 5 tahun (penggal) demi 5 tahun setiap kali diadakan pilihanraya.


link kan website ini:


http://www.englishdiary.net/Images/Khilafah%20Org%20Chart.jpg


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net